Thursday, March 5, 2009

SURAT KEBENARAN IBUBAPA

Friday, February 27, 2009

CARTA ORGANISASI 2009

Tuesday, February 24, 2009

PERANCANGAN KOKURIKULUM 2009

1.MATLAMAT
Untuk menguasai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan di kalangan murid – murid yang datangnya dari pelbagai keturunan, latar belakang dan cara hidup yang berlainan.
Melatih murid – murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu aktiviti yang mereka sertai.Menyemai kesedaran dan kefahaman agar murid – murid bersikap serta berminat melibatkan diri dalam aktiviti yang mereka sertai.

2.OBJEKTIF

Pasukan beruniform
Merapatkan hubungan sesama mereka dan masyarakat.
Menggalakkan mereka menjalankan kerja- kerja amal atau sukarela supaya mereka mempunyai sifat tolong – menolong dan bekerjasama dengan masyarakat.
Melatih murid supaya berfikiran tajam, mempunyai siat bertanggungjawab, prihatin dan berdisiplin.Membentuk murid supaya sentiasa beratatertib, cergas dan setia.
Menanam siat kepimpinan, mematuhi arahan dan peraturan.
Kelab dan Persatuan
Membolehkan murid mendapat dan menguasai kemahiran lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Menanam semangat yakin kepada diri sendiri.
Mencungkil bakat dan kebolehan murid dalam sesuatu bidang.
Menambahkan pengetahuan murid mengenai alam sekitar, sains dan teknologi yang penting kepada masyarakat.
Menggalakkan murid berdikari dan membuat keputusan dalam sesuatu situasi atau keadaan.
Sukan dan Permainan
Menimbulkan minat dan menanamkan semangat kesukanan dikalanngan pelajar.
Menguasai kemahiran dan teknik permainan dalam sesuatu permainan.
Membina semangat berpasukan, membentuk disiplin diri dan sifat kepimpinan.
Menggalakkan murid mengisi masa lapang dengan kegiatan suakan dan riadah untuk emmbentuk kecergasan mental dan fizikal.
Memberi pendedahan kepad murid mengenai undang – undang dan peraturan sesuatu permainan.

3. STRATEGI

Menubuhkan Jawatankuasa Induk Gerak kerja Kokurikulum yang terdiri daripada Guru Besar, GPK Kokurikulum, GPK 1, GPK HEM, Setiausaha Sukan dan AJK.
Memberi penghargaan kepada murid – murid yang menunjukkan potensi dan prestasi yang cemerlang.
Mengadakan Kursus Dalaman kepada guru – guru untuk meningkatkan prestasi masing – masing.
Mengadakan perjumpaan / latihan sekurang – kurangnya sekali seminggu.
Mengagihkan tugas mengikut kebolehan, kepakaran, dan pengalaman guru supaya minat dan pengetahuan yang ada dapat membantu dalam pengajaran mereka.

4. AKTIVITI

Mengajar kemahiran – kemahiran agar sesuatu permainan mengikut kebolehan murid.
Mengadakan lawatan sambil belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan menambahkan pengetahuan.
Mengadakan perlawanan persahabatan untuk permainan dan sukan.
Mengadakan pertandingan kelas dan rumah sukan.
Mengadakan pertandingan kemahiran dan kecergasan fizikal.
Menyertai dan mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan yang dianjurkan oleh Zon, Daerah, MSSS dan MSSM.

5. PENILAIAN

Mengadakan pertandingan dan ujian kemahiran yang menentukan tahap pencapaian.
Menilai keputusan dari p[erbagai pertandingan yang disertai ke Peringkat Daerah, MSSS dan MSSM.
Menilai hasil kerja murid seperti buku folio, dll
Menyemak penglibatan murid dan kedatangna mereka dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Peranan dan kerjasama yang diberikan kepada guru semasa melaksanakan sesuatu projek.

6. SUMBER TENAGA

Guru Besar : Penasihat
GPK Kokurikulum : Pengerusi
GPK Kurikulum : Naib Pengerusi
GPK HEM : Naib Pengerusi
Setiausaha Sukan : Setiausaha
Semak Penyelaras Unit Beruniform, Ketua Rumah Sukan dan Permainan, dan AJK PIBG.

FOKUS KOKURIKULUM 2009


SUKAN DAN PERMAINAN
  • Perlawanan persahabatan
  • Sukan Tahunan
  • Merentas Desa

UNIT BERUNIFORM
  • Perkhemahan Sekolah
  • Ujian Kecekapan
  • Perkhemahan Zon, Daerah
  • Demonstrasi Pertolongan Cemas

KELAB DAN PERSATUAN

  • Kurikulum Merentasi Kokurikulum

PERANCANGAN 2009

  • Strategi Kecemerlangan
  • Latihan Berjadual
  • Penyertaan Pasukan
  • Sekolah ke Peringkat Zon, Daerah dan Negeri

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

  • Tokoh Kokurikulum
  • Tokoh Unit Beruniform